SKDK Dahulu
Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat yang asalnya
telah dibuka pada tahun 1885 bertempat di Jalan Dato’ Keramat (berhampiran
dengan pejabat pos Dato’ Keramat). Pada masa itu, kesemua muridnya perempuan.
Sekarang ini sekolah tersebut telah dijadikan sekolah terencat akal.
Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat telah
diambil sempena nama seorang keramat yang terkenal dan amat dihormati pada masa
itu iaitu Datok Keramat. Makam Datok ini masih wujud di Tanah Perkuburan Islam
Datok Keramat. Makam yang mempunyai jarak sepanjang 20 kaki dikenali sebagai
Keramat Tok Panjang atau Keramat Tok Nador.
Tahun demi tahun, bilangan murid-murid semakin meningkat. Justeru
pada 1927 sebuah sekolah yang baru telah dibangunkan untuk menampung
pertambahan tersebut. Sekolah yang baru ini dibina di Jalan Perak berhampiran
dengan Sekolah Rendah Francis Light. Sekolah yang kedua ini telah dijadikan
sekolah untuk murid-murid lelaki manakala sekolah yang asal digunakan untuk
pertempatan murid-murid perempuan. Cikgu Haji Abdul Hamid Khan telah dilantik
menjadi sebagai guru besar yang pertama untuk sekolah lelaki ini. Kedua-dua
sekolah tersebut diletakkan dibawah pentadbiran yang berasingan.
Pada tahun 1960-an budaya menuntut ilmu mula meresapi fikiran
masyarakat . Semakin ramai murid mendaftar di sekolah Kebangsaan Dato
Keramat. Rentetan daripada itu pada tahun 1967, sebuah bangunan sekolah yang
baru telah didirikan bertentangan dengan sekolah lelaki ini dan juga terletak
bersebelahan Sekolah Rendah Francis Light, bangunan berharga RM
230000 ini mempunyai 4 tingkat serta mengandungi 18 bilik darjah, sebilik guru,
sebuah bilik guru besar, pejabat stor, klinik gigi, surau dan pusat
sumber. Kedua-dua sekolah lama telah ditutup dengan adanya bangunan sekolah
yang baru ini. Pentadbiran sekolah disatukan semula manakala guru besar yang
pertama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat bernama Cikgu Abdullah
bin Ayub.
Tanggal 16 Julai 1968, Sekolah Kebangsaan Dato Keramat telah dirasmikan oleh yang berhormat Encik Khir Johari. Menteri pelajran pada ketika itu. Sejak 1967 hingga sekarang seramai 12 0rang guru besar telah berkhidmat disekolah ini.
Pada tahun 1998, sekolah ini telah mendapat peruntukan yang baru bagi membina bilik guru baru dan mengubah suai pejabat sekolah. Projek ini siap pada akhir tahun 1998 dan mula digunakan pada bulan Januari 1999.
SKDK Kini
Kini persekitaran SKDK telah berubah wajah apabila sekolah ini
telah mendapat satu bangunan baharu. Bagunan ini talah siap dibina pada tahun
2010.Kini terdapat 41 orang tenaga pengajar iaitu 32 orang guru wanita dan
sembilan orang guru lelaki.
SKDK turut memperkembangkan budaya IT dikalangan murid-murid dengan penubuhan makmal komputer hasil kerjasama dengan PIBG. Projek 1 BestariNet juga telah mengembangkan lagi usaha perkembangan budaya ICT
Pada Mac 2001, Encik Hashim Kamal Bin Mohd Isa telah melapor diri sebagai guru besar SKDK. Beliau telah meletakkan 2 sasaran utama pada 2001 iaitu keceriaan persekitaran sekolah dan usaha untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar. Justeru laman informasi sekolah telah menjadi lebih bertenaga dan lebih ceria hasil daripada inisiatif beliau dan guru-guru. Encik Hashim Kamal telah bersara dari perkhidmatan perguruan pada 25 Septemberber 2001 dan diganti oleh En Ramtar Khan bin Bali Mohammad.
Di bawah pentadbiran beliau, berbagai kejayaan telah dicapai terutama dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum .Pencapaian UPSR terus meningkat dari setahun ke setahun .
Keputusan 5 A
2002
9 orang
2005
8 orang
2006
9 orang
Pada tahun 2005 seorang pelajar telah mencipta sejarah apabila
terpilih sebagai pelajar cemerlang UPSR peringkat negeri dan antara 50
orang pelajar terbaik seluruh Malaysia. Ini merupakan pencapaian yang cukup
cemerlang bagi SKDK.
Di bawah pentadbiran En. Harmizi B Mohamed, banyak perubahan dari segi infrastruktur telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya ialah proses baikpulih tandas, baikpulih pintu bilik darjah, menaik taraf bilik sains, menaik taraf pejabat sekolah dan projek yang paling besar dibawah pentadbiran beliau ialah projek membina satu blok bangunan baru empat tingkat bersebelahan bangunan lama.
Projek ini memakan masa selama 1 tahun setengah dan dijangka siap pada tahun 2010 . Jika Projek ini berjalan seperti yang dirancang, maka pada tahun 2010 Sek. Keb. Dato Kramat akan menjadi sekolah satu sesi.
Dibawah pentadbiran beliau juga pencapaian UPSR juga terus meningkat :
Pencapaian 5A
2007 18 Orang
2008 10 Orang
Berikut pencapaian UPSR dari 2011 hingga 2013
Pencapaian 5A
2011
9 orang
2012
10 orang
2013
4 orang
2014
4 orang
2015
12 orang
Pencapaian 6A
Pencapaian 6A
2016
1 orang
2017 5 orang
sasaran 2018 7 orang
sasaran 2018 7 orang
Kini menjelang 2010 banyak perubahan telah berlaku, apa yang boleh
dilakukan bagi warga SKDK ialah bersabar dengan bunyi bising, dengan asap serta
debu, dengan kantin yang tidak sempurna dan apabila semua projek ini berakhir,
SKDK akan menjadi sebuah sekolah yang cantik, indah dan sempurna bagi mencapai
Visi Menjadi Sebuah Sekolah Cemerlang Peringkat
Daerah Pulau Menjelang 2012.
SKDK Selama-lamanya
Setiap tahun ada sahaja tenaga pengajarnya yang
datang dan pergi .Namun apa yang pasti SKDK dengan 33 orang nadi penggerak
utamanya pada 2009 sentiasa mempunyai keiltizaman dan berdaya juanguntuk
meningkatkan kecenderungan akademik dan sahsiah pelajar SKDK
selama-lamanya.